Saturday, August 28, 2010

PENDAHULUAN

Kajian tempatan bertujuan melahirkan murid yang berpengetahuan tentang peranan mereka dalam masyarakat dan persekitarannya. mata pelajaran ini juga dapat memupuk apresiasi murid terhadap warisan sejarah negara, alam sekeliling serta kejayaan yang dicapai oleh negara. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketrampilan.

Mata pelajaran ini diajar mulai Tahap 2 bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang telah disepadukan secara terancang.

Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan dirancangkan untuk memberi pengalaman yang bermakna dan mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah inkuiri penemuan, pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid. penggunaan pelbagai sumber di samping menguasai kemahiran teknologi maklimat dan komunikasi membolehkan murid berfikir dan berilmu pengetahuan luas.

Melalui mata pelajaran ini, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran untuk menangani cabaran hgidup dan segala rintangan serta mempunyai wawasan merancang masa depan san bersemangat patriotik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara.
SELAMAT DATANG KE
BLOG KAJIAN TEMPATAN
SK.LKTP LAYANG-LAYANG...